Pertubuhan Kebajikan BINNAEM merupakan sebuah pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah diperbadankan untuk menjalankan usaha-usaha dakwah berbentuk dana bantuan kebajikan yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, selaras dengan makna Kebajikan BINNAEM itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, Kebajikan BINNAEM mengambil tanggungjawab bagi mengumpul dana kebajikan dengan lebih sistematik serta secara tidak langsung, menggalakkan orang ramai untuk lebih cakna terhadap isu kebajikan yang melibatkan saudara seislam bukan sahaja di peringkat dalam negara bahkan hingga ke peringkat Antarabangsa/Luar Negara.
Dengan menyahut saranan Baginda Rasulullahah S.A.W iaitu Taa’ wun (tolong menolong) sesama kita tanpa mengira warna kulit atau bangsa. “orang mukmin itu akrab dan bersatu. Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak bersatu dan tidak akrab”. (HR Ahmad, At-Thabrani dan Al Hakim).